suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rihanna mencari rumah mewah di Hollywood Hills

Rihanna masih sayang kekasihnya Chris Brown.
Rihanna masih sayang kekasihnya Chris Brown.
Rihanna masih sayang kekasihnya Chris Brown.

PENYANYI popular terkenal, Rihanna, 21, mungkin sudah melupakan kisah 'hitam' dengan kekasihnya Chris Brown selepas dia kelihatan mencari rumah di perumahan mewah Hollywood Hills.

Bintang itu kelihatan ceria semasa melawat rumah-rumah di kawasan kediaman mewah di situ.

Bagaimanapun, Brown nampaknya masih dibebani dengan kontroversi lampau itu.

Kawan Brown yang juga penyanyi, Tyrese Gibson berkata, Brown hakikatnya hilang fokus pada kerjayanya ekoran pelbagai dakwaan yang dihadapinya.

"Walaupun dia (Brown) kelihatan agak tabah menghadapinya, dia sebenarnya tertekan," sebuah akhbar memetik kata-katanya.

"Saya dan Puff (P Diddy) cuba memberikan sokongan kepadanya dan begitu juga ramai berbuat begitu kepada Rihanna.

"Buat masa ini, dia mungkin sukar memberikan tumpuan terhadap muziknya, walaupun dia beria-ia benar," tambah Gibson.

Artikel Lain