suria

Komen pemenang Anugerah Skrin 2008

Komen pemenang lain:

Penerbit Norazah Sahud - Drama Rantaian Terbaik (Bicara Aur Dengan Tebing)

“Drama ini menang dari segi skrip, pelakon,penyuntingan, pengarahan dan pengarahan fotografi. Saya bertuah kerana mendapat kumpulan yang boleh bekerjasama dan mereka semua bagus. Drama lain pun bagus juga. Mendapat tempat dalam pencalonan pun saya dah rasa gembira.

“Ceritanya memang berat dan kelainannya boleh dilihat melalui watak lakonan Rita Rudaini dan Jasmin Hamid. Selepas 13 tahun produksi saya menerbitkan lebih 15 telefilem dan lebih 10 drama bersiri, ini merupakan kemenangan yang pertama.

Pelakon Que Haidar - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Tuhan Pun Tahu)

“Ini merupakan anugerah pertama untuk mengiktiraf lakonan saya melalui drama. Sebelum ini, saya telah mendapat anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-12.

“Semasa mula-mula mendapat tawaran berlakon drama ini daripada Kak Sheila Rusly, terus saya tanya siapa pasangan saya. Apabila mendapat tahu Kak Normah Damanhuri terus saya bersetuju kerana siapa yang tak nak bekerja dengan dia.

“Ketika di set pengambaran, kami serasi bekerja dan sentiasa melakukan perbincangan. Dia merupakan pelakon yang serius dan hal itu memudahkan lakonan kami. Karektor kami berdua juga mempunyai kekuatan tersendiri.”

Aktres Normah Damanhuri - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Tuhan Pun Tahu)

“Sejak berlakon dari awal tahun 1980-an, ini merupakan anugerah kedua yang saya terima selepas mendapat anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada tahun 1999 menerusi filem Jogho.

“Jadi, saya memang tak sangka dengan kemenangan ini. Pertama kali dapat melalui drama ini, saya rasa sangat seronok. Saya harap akan dapat skrip yang bagus lagi.

“Mengenai kemenangan ini, saya memuji skripnya yang bagus tetapi sukar juga untuk menghayati watak Faridah iaitu seorang wanita tua menyukai orang muda lakonan Que. Drama tersebut juga merupakan gandingan pertama saya dengan Que.”

Penulis skrip Mira Mustaffa - Lakon Layar Terbaik Filem (Sepi)

“Saya tak jangkakan kemenangan ini kerana persaingannya sangat sengit. Saya menyukai skrip filem Anak Halal, 1957: Hati Malaya, Kala Malam Bulan Mengambang dan Cuci.

“Keutamaan saya adalah menghasilkan skrip yang dekat dengan penonton. Jadi, pada tahun depan saya akan menghasilkan skrip filem berkisarkan cinta.”

Pengacara Aznil Haji Nawawi - Rancangan Bual Bicara Terbaik (Macam-Macam Aznil)

“Ini merupakan rezeki kemenangan saya yang ketiga. Pada mulanya saya ingat Al-Kuliyah menang sebab ia berubah mengikut evolusi.

“Saya tak sangka walaupun ada komen negatif selepas konsep ditukar sedikit, tetapi ia masih menang. Semalam (6 November) merupakan hari jadi saya dan kemenangan ini merupakan hadiah hari jadi saya ke-43.

“Malam ini juga saya sepatutnya lari ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapat anugerah Ketrampilan Berbahasa di Televisyen menerusi program Macam-Macam Aznil juga. Anugerah tersebut juga merupakan hadiah hari jadi saya.”

Pengarah Yasmin Ahmad - Anugerah Khas juri

"Saya sungguh tak percaya dengan penganugerahan ini. Anugerah ini merupakan bonus buat saya. It's reward themself.

"Saya akui tidak terlalu tahu tentang perfileman dan semua yang saya lakukan main redah sahaja."

Keputusan penuh ASK 2008

Drama

Drama Terbaik: Suara Saleha

Pengarah Terbaik Drama: Murali Abdullah (Suara Saleha)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Zamarul Hisham(Ihsan)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fauziah Ahmad Daud (Suara Saleha)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Que Haidar (Tuhan Pun Tahu)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Normah Damanhuri(Tuhan Pun Tahu)

Lakon TV Terbaik: Anwar Idris (Wasiat Fitrah)

Drama Rantaian Terbaik: Bicara Aur dengan Tebing (Tenview (M) Sdn. Bhd.)

Drama Komedi Terbaik: Mr. Mama(Radius One)

Filem

Filem Terbaik: : Kala Malam Bulan Mengambang

Pengarah Terbaik: Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Baizura Kahar (Sepi)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zaefrul Nazri (1957: Hati Malaya)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Nasha Aziz (Sepi)

Lakon Layar Terbaik Filem: Ara dan Mira Mustafa(Sepi)

Penerbitan Dalaman

Dokumentari / Majalah Terbaik: Majalah 3,Episod Sudirman (TV3)

Bual Bicara Terbaik: Macam-macam Aznil (Astro Ria)

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 2008 (TV3)

Rancangan Hiburan Terbaik: Projek Superstarz (S2)

Rancangan Realiti Terbaik: So You Think You Can Dance

Laporan Khas Terbaik: Orang Asli Terancam (Buletin Utama)

Anugerah Khas Juri: Yasmin Ahmad

Anugerah Shine Pantene: Wan Sharmila

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain