suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sidang media bantah anugerah Datuk kepada SRK petang ini

PETALING JAYA: Setelah media menghebahkan berita penanugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu, ramai pihak yang melahirkan rasa tidak berpuas hati termasuk golongan artis tempatan.

Golongan muda Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bangkit membantah penganugerahan yang dicadangkan oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kepada Mohd. Khalil itu.

Mereka menjemput semua penggiat seni tanahair bersatu menunjukkan rasa tidak puas hati di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, pada pukul 3 petang ini.

Artikel Lain