suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon popular maut dipercayai jatuh bangunan

Pelakon tersebut dijumpai mati pada pukul 6 pagi.

DUNIA hiburan China digemparkan dengan berita kematian pelakon dan penyanyi, Yu Menglong atau lebih dikenali sebagai Alan Yu yang dilaporkan terjatuh dari sebuah bangunan di Beijing.

Menurut laporan seorang blogger hiburan, Detective Xiaoyan, pada malam tersebut Yu dikatakan keluar bersama enam orang rakannya sehingga lewat pagi. 

Setelah itu, Yu meminta izin untuk kembali ke biliknya pada pukul 2 pagi, namun tidak muncul kembali. 

Yu pada hari kejadian keluar bersama rakan-rakannya. 

Disebabkan terlalu lama menunggu, rakan-rakannya cuba mencarinya di bilik tetapi tiada. 

Mayat Yu akhirnya ditemui di bahagian bawah bangunan sekitar pukul 6 pagi oleh seorang pejalan kaki yang sedang membawa anjing bersiar-siar sebelum perkara itu dimaklumkan kepada pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon 41 tahun ditahan polis, didakwa rogol wanita dalam majlis parti

ARTIKEL BERKAITAN: Lady Gaga batal konsert saat akhir, netizen dakwa suara rosak terkena sampuk 'Pulau Patung'

Buat masa ini polis telah menolak unsur jenayah dalam kes ini, sementara punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Untuk info, Yu terkenal menerusi drama bersiri Go Princess Go dan Eternal Love yang melonjakkan namanya sebagai antara pelakon kegemaran peminat drama fantasi dan romantik di China.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain