GARA-GARA air dari hos rumahnya terkena kereta jiran, pelakon Raymond Cruz ditahan polis di kawasan Silver Lake, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Selasa. Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), kejadian berlaku sekitar pukul 10.40 pagi apabila pihak mereka menerima panggilan kecemasan mengenai perbalahan yang berlaku melibatkan Cruz yang ketika itu sedang mencuci kereta di hadapan rumahnya. Bagaimanapun, Cruz yang didakwa atas tuduhan melakukan serangan ringan itu dibebaskan tanpa cagaran selepas lebih lima jam ditahan.Cruz kemudiannya dibebaskan selepas lima jam siasatan. Peguam Cruz iaitu Raphael Berko menjelaskan aktor berkenaan tidak sengaja mahu menyiram tiga mangsa berkenaan. Jelasnya, insiden bermula apabila tiga wanita tidak dikenali meletakkan kenderaan mereka hanya beberapa inci dari kereta Cruz ketika dia sedang mencuci.“Cruz meminta mereka alihkan kenderaan tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya mereka mula merakam dirinya (Cruz). ARTIKEL BERKAITAN: Ari Lasso sudah ada kekasih baharu, sedia kembali berumah tanggaARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sedih selepas tunang meninggal dunia, Marshanda terfikir nak hilangkan diri...Mahu jual semua identiti"Ketika Cruz meminta mereka berhenti merakam, dia masih pegang hos dan air terkena keretanya sendiri dan sedikit terpercik ke kereta mereka,” katanya.Tambah Berko, sepanjang berada di lokap, Cruz sangat menghargai layanan anggota LAPD yang dianggap mesra.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube