suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat dakwa Taylor Swift sorok rahsia sudah berkahwin

Taylor (kiri) dan Travis didakwa sudah berkahwin secara rahsia.

PENYANYI Taylor Swift dilaporkan sudah berkahwin secara rahsia dengan kekasihnya iaitu bintang NFL Travis Kelce. 

Menerusi laporan portal berita Mirror, spekulasi itu mula menjadi bualan hangat peminat apabila pasangan ini dijemput ke majlis perkahwinan pemain pasukan Chicago Bears , Cole Kmet. 

Dalam kad jemputan yang tular di media sosial, peminat dengan jelas melihat kaligrafi kad undangan itu yang menulis nama ‘Taylor dan Travis Kelce’ sekali gus timbul spekulasi pasangan tersebut sudah berkahwin. 

Kad undangan tertulis nama Taylor dan Travis (kanan) menjadi bualan peminat. 

Ini kerana Taylor tidak lagi menggunakan nama keluarganya iaitu Swift dalam kad undangan berkenaan. 

“Taylor dan Travis Kelce? Maaf, rasanya saya tahu (mereka sudah berkahwin). 

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya hati Taylor Swift, kru ‘Eras Tour’ dapat bonus RM450,000

ARTIKEL BERKAITAN: Tewaskan Taylor Swift, Beyonce cipta sejarah akhirnya menang Album Terbaik di Anugerah Grammy

“Mereka sudah berkahwin ke? Nampak tak cincin yang disarung oleh Taylor itu?” tulis netizen. 

Untuk info, Taylor dan Travis dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain