suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu fokus menimba ilmu, Oki Setiana Dewi tak sangka sudah setahun menetap di Mesir

Oki seronok menetap dan menimba ilmu di Mesir.

SETAHUN menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir,  pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi meluahkan rasa seronok dapat menimba ilmu sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas. 

Oki, 36, berkata, dia bagaimanapun sedang belajar menyesuaikan diri di negara itu memandangkan budaya pembelajaran agak berbeza berbanding di Indonesia. 

“Saya tidak percaya sudah setahun menetap di Mesir. Saya kini sedang mengambil satu lagi ijazah sarjana muda dalam jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar.  Alhamdulillah hari-hari saya terisi dengan belajar dan menuntut ilmu.

Oki seronok dapat menuntut ilmu di Mesir.

"Semasa di Mesir, aktiviti saya hanya belajar. Saya mempunyai banyak masa untuk fokus belajar. 

"Perbezaan Indonesia dan Mesir adalah dari segi budaya belajar yang agak luar biasa. Namun saya cuba menyesuaikan diri dengan gaya pembelajaran di sana," katanya.

Oki mempunyai baki tiga tahun lagi sebelum menamatkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar.

ARTIKEL BERKAITAN: Oki Setiana Dewi pindah Mesir, mahu sambung pengajian agama... “Awalnya suami tak setuju”

ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis mahu jalani pembedahan plastik, Oki Setiana Dewi diminta nasihat adik

Walaupun sudah menetap di Mesir, Oki tetap pulang ke Indonesia untuk berjumpa dengan suaminya iaitu Ory Vitrio.

Selain Oki, dia turut membawa ibu dan tiga anaknya untuk menetap bersama.

Manakala anak bongsunya iaitu Sulaiman berada di Indonesia bersama suami.

Untuk rekod, Oki berkahwin dengan Ory pada 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata Maryam Nusaibah Abdullah,11, Khadeejah Faatimah Abdullah, 9, Ibrahim Muhammad Abdullah, 8 dan Sulaiman Ali Abdullah, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain