IBU kepada Kim Kardashian iaitu Kris Jenner menerima kecaman netizen apabila didakwa menggunakan filter ketika mempromosikan produk solekan terbaharu milik jenama anak perempuannya itu. Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Kris dilihat sedang disolekkan oleh jurumekap yang dikenali sebagai Nikki. Difahamkan, wanita berusia 68 tahun itu mengenakan solekan bagi menghadiri Paris Fashion Week sambil mempromosikan produk kecantikan milik Kim. Kris didakwa menggunakan filter sewaku mempromosikan produk solek. Sambil menata rias Kris, Nikki menjelaskan dia menggunakan palet pembayang mata, lip liner dan lipstik keluaran terbaharu Skkn by Kim Line. Kris kelihatan sempurna menerusi video berkenaan dan sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mendakwa wanita itu menggunakan filter. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai puji Kim Kardashian awet muda, tak percaya dah nak masuk 43 tahun... Tapi netizen kata hidung dan bibir nampak berbeza ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kim Kardashian buat hal lagi, tunjuk jari tengah kepada paparazi Rata-rata peminat memohon agar Kris tidak menggunakan filter bagi melihat sendiri kecantikan semula jadi yang dimilikinya selepas menggunakan produk solekan tersebut. "Boleh kami lihat hasil mekap sebenar tanpa menggunakan filter? "Kris bersolek dengan videonya yang menggunakan filter bukan? "Sekarang cuba bersolek tanpa menggunakan filter baru kami boleh lihat kesan kedutan yang ada pada wajah Kris," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!