suria

Bekas suami mengaku ‘mark up’ bayaran persembahan tanpa pengetahuan Dewi Perssik… terpaksa demi kelangsungan hidup di Jakarta

Angga mengaku buat silap ketika masih bergelar suami Dewi.

SELEPAS sah bercerai pada 1 Ogos lalu, penyanyi Dewi Perssik mendedahkan bekas suaminya iaitu Angga Wijaya mencuri duit simpanan hasil bayaran persembahan sebelum ini.

Mengakui perbuatan dilakukan itu, Angga memberitahu dia sudah memohon maaf kepada Dewi dan tindakan yang dilakukan sebelum ini adalah kerana masalah komunikasi antara mereka.

"Saya tidak salahkan dia (Dewi), dia kecewa, marah atau rasa dikhianati. Saya sudah minta maaf kerana tindakan yang diragui itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah wang punca Dewi Perssik tak layan bekas suami di ranjang, sering menangis kerana ditipu

"Saya melakukan semua itu untuk meneruskan hidup di Kota Jakarta kerana ketika itu komunikasi antara kami tidak lagi baik.

"Jika ada tawaran kerja, saya akan naikkan harga dengan klien. Namun setelah semua itu diketahui, saya kembalikan semula wang tersebut.

"Apa yang Dewi dedahkan sebelum ini adalah wang dari klien kepada saya. Saya sudah berikan wang tersebut kepada Dewi," jelasnya seperti yang dipetik dari Detik.

Dewi sebelum ini memberitahu wang simpanannya sering diambil oleh Angga tanpa pengetahuannya.

Dia juga membuat pendedahan beberapa transaksi pemindahan wang ke akaun bank miliknya dari pihak yang tidak diketahui.

Dewi dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat penyanyi lagu Ayo Semangat itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain