suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masalah wang punca Dewi Perssik tak layan bekas suami di ranjang, sering menangis kerana ditipu

Masalah kewangan juga ganggu hubungan intim Dewi dan suami.

SELEPAS mendedahkan tentang masalah kewangan menjadi punca perceraian, penyanyi Dewi Perssik sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memberitahu dia tidak melayan bekas suaminya, Angga Wijaya disebabkan situasi berlaku dalam rumah tangga mereka.

Menurut Dewi, dia pernah memberi ruang kepada Angga untuk bercakap jujur namun lelaki itu masih berselindung tentang sikapnya yang selalu 'songlap' duit hasil titik peluhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik akhirnya dedah punca cerai... Tak tahan bekas suami selalu kebas duit

"Saya hanya boleh menangis di bilik. Saya tidak melayan suami sendiri kerana kesal dengan sikapnya.

"Saya selalu menyindir supaya dia boleh terbuka, dia hanya ketawa," katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Dewi dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan mereka sah bercerai pada 1 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Dewi mendakwa Angga selalu mengambil wang miliknya tanpa izin dan lelaki itu juga dikatakan hidup senang selepas mereka berkahwin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia