suria

Isteri tuntut cerai, dakwa Ne-Yo ada anak dengan wanita lain

Renay sudah tidak tahan hidup dengan Ne-Yo.

ISTERI kepada penyanyi Ne-Yo memfailkan tuntutan cerai kerana mendakwa suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain dan turut memilik anak hasil hubungan tersebut.

Dalam dokumen yang dikemukakan oleh Crystal Renay pada 1 Ogos lalu, dia memberitahu mereka sudah berpisah sejak 22 Julai dan tuntutan cerai dibuat kerana hubungan mereka sudah tidak boleh diselamatkan.

Renay yang juga merupakan seorang pelakon dan model sebelum ini juga mendedahkan sikap suaminya itu menerusi perkongsian di sosial media.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah bercerai buat kali ketiga, Dewi Perssik harap bertemu jodoh lelaki bukan pencuri hartanya

“Lapan tahun berkongsi suami dengan wanita lain tanpa pengetahuan saya. Untuk terus kekal bersama ia adalah sesuatu yang gila!,” tulisnya.

Menerusi laporan Page Six, Renay turut menuntut hak penjagaan bersama anak-anak mereka.

Ne-Yo dan Renay berkahwin pada Februari 2016 namun berpisah dua tahun kemudian sebelum kembali bersama pada April tahun ini.

Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Shaffer, Roman dan Isabella.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain