suria

Marshanda cerita kisah di LA, dibawa ke hospital sakit jiwa selepas dilaporkan hilang

Marshanda kongsi detik dia hilang di LA.

PENYANYI dan pelakon Marshanda sebelum ini pernah mengejutkan dunia hiburan dengan berita kehilangannya ketika berada di Los Angelas, Amerika Syarikat pada Jun lalu.

Berkongsi kembali kejadian yang berlaku, kata Marshanda dia sebenarnya sengaja keluar tanpa pengetahuan sesiapa ketika itu kerana mahu meluangkan masa bersendirian.

Namun disebabkan dia gagal mencari jalan pulang selepas bersiar-siar di pantai, rakannya yang ditemui disana menghubungi panggilan kecemasan dan Marshanda telah dibawa ke hospital sakit jiwa gara-gara penemuan ubat miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua hari menghilangkan diri, kedutaan Indonesia di Amerika sahkan Marshanda sudah ditemui

“Saya tinggalkan telefon bimbit di rumah sewa kerana tidak mahu dikesan sesiapa. Saya mahu waktu bersendirian di pantai.

“Ketika jalan pulang pandang saya kabur kerana tidak memakai kanta lekap dan saya minta bantuan seseorang di sana. Namun ketika itu ambulan yang datang menjemput kerana sahabat saya telah awal menghubungi panggilan kecemasan.

“Saya dibawa ke rumah sakit jiwa kerana mereka menemui ubat. Saya ditahan hampir dua minggu dan tidak dapat berhubung dengan orang lain,” ceritanya.

Kehilangan Marshanda ketika itu membuat ramai pihak bimbang terutama ahli keluarga kerana dia mempunyai rekod penyakit mental dan bipolar.

Wakil kedutaan Indonesia disana memaklumkan Marshanda ditemui dalam keadaan selamat selepas dua hari dia hilang. -DETIKHOT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain