suria

Pengurus ditahan akibat kes dadah, Bunga Citra Lestari teruskan konsert di Singapura 

Pengurus BCL iaitu Doddy ditahan polis.

SABTU lalu, pengurus kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Doddy ditahan pihak polis atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Doddy atau Muhammad Ikhsan Doddyansyah ditangkap di Pasar Minggu, Jakarta Selatan.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Bunga atau lebih mesra dengan sapaan BCL akhirnya membuka mulut tentang penangkapan pengurusnya tersebut di Instagram.

BCL dalam kenyataannya mendoakan agar semua urusan Doddy menghadapi dugaan ditangkap dipermudahkan selain berharap kes itu segera selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Gerak Khas ACP Shaharon Anuar bersara jadi polis, rancang buka rumah produksi

"Saya dan seluruh pasukan mendoakan Doddy. Kami berharap dia dapat mengharungi waktu sukar ini. Teruskan berdoa ya Doddy," katanya.

BCL bakal mengadakan konsert di Singapura berjanji akan memberikan persembahan terbaik selain berterima kasih kepada semua peminat yang menyokong karier seninya.

"Kepada semua pasukan BCL, kita boleh lakukannya! Ayuh jadikan konsert ini kenangan paling manis. Semangat ya kawan-kawan semua.," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain