suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victoria Beckham rasa terancam dengan menantu sendiri

Hubungan Victoria Beckham dengan menantunya, Nicola Peltz dikatakan tidak sehaluan.

HUBUNGAN selebriti Victoria Beckham dengan menantunya, Nicola Peltz dikhabarkan tidak berjalan dengan lancar.

Menurut sumber, Beckham masih dalam usaha untuk menerima Peltz, 27, menjadi sebahagian daripada keluarganya selepas berkahwin dengan Brookyn Beckham, 23, pada April lalu.

Dikhabarkan sejak majlis perkahwinan berlangsung, Beckham dan Peltz jarang dilihat berkomunikasi mahupun meluangkan masa bersama sebagai ibu mentua dan menantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria, David Beckham dapat menantu, adakan majlis perkahwinan mewah RM16 juta!

"Mereka berdua kurang bercakap dan komunikasi sangat minimum antara kedua-duanya, Sebelum perkahwinan lagi mereka dilihat kurang senang ketika berada berdekatan," kata sumber.

Tidak hanya itu, terdapat juga pandangan yang mengadakan Beckham berasa 'terancam' selepas Brooklyn memanggil isterinya, Peltz sebagai 'Mrs Beckham Baharu' di muka depan majalah British Tatler.

Rata-rata mengatakan di dalam sebuah keluarga tidak boleh memiliki dua 'ratu' apatah lagi apabila Peltz juga merupakan anak kepada jutawan Amerika Syarikat, Nelson Peltz merangkap Pengerusi Bukan Eksekutif Madison Square Garden.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain