suria

Selena Gomez bosan hidup sendiri, luah hasrat mahu berkahwin

Gomez mengakui dirinya bukanlah seorang penggema media sosial Instagram.

PENYANYI popular, Selena Gomez mengakui berasa gembira berpeluang tinggal serumah bersama keluarga meskipun sudah mencecah usia 30 tahun.

Baginya perkara itu dianggap sebagai satu kejayaan buat dirinya.

Namun, jauh di sudut hati penyanyi lagu Kill Em With Kindness itu menyimpan hasrat untuk berumah tangga.

"Saya berharap untuk berkahwin dan menjadi seorang ibu," kata Gomez.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Selepas jatuh terpeleset di red carpet, Selena Gomez selamba kaki ayam naik pentas SAG Awards 2022

Tidak hanya menyuarakan keinginan untuk berkeluarga, Gomez turut mengatakan dirinya bukanlah pengguna tegar aplikasi Instagram.

Malah dia juga telah memadam aplikasi tersebut di telefon dan hanya membiarkan pembantunya sahaja menguruskan akaun media sosialnya itu.

"Saya memberi kuasa sepenuhnya kepada dia. Jadi apa yang dikongsikan hanya dia sahaja yang menguruskan.

"Bahkan saya sendiri tidak tahu kata laluan akaun itu. Cara itu membuatkan saya tidak terlalu obses untuk melihat apa yang orang lain lakukan dan bagaimana kehidupan mereka," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain