suria

Girls' Generation bakal buat kemunculan semula Ogos depan

Peminat tidak sabar menantikan kemunculan semula Girls' Generation menerusi album terbaharu, Forever 1.

KUMPULAN Girls' Generation bukan nama asing dalam industri hiburan Korea Selatan.

Perancangan kumpulan terbabit untuk membuat kemunculan semula selepas beberapa tahun berehat menjadi heboh dan mendapat perhatian peminat.

Menurut sumber, ahli kumpulan semakin rancak membuat persediaan bagi mempromosikan album ketujuh mereka, Forever 1 pada 8 Ogos depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Memalukan! Gara-gara jadi bahan ketawa netizen Malaysia, artis Kpop terpaksa tutup komen IG - “Saya tidak tahu negara anda, tak berminat dengan bahasa anda!”

"Ini merupakan satu perkara yang paling dinantikan setelah kali terakhir album mereka, Holiday Night pada Ogos 2017.

"Sebanyak 10 buah lagu akan dimuatkan di dalam album itu nanti," jelas wakil pengurusan, SM Entertainment.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh Teayon, Tiffany, Hyoyeon, Sooyoung, Sunny, Yuri, YoonA dan Seohyun.

Antara lagu popular mereka ialah Gee, Tell Me Your Wish (Genie) dan Lion Heart.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain