suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah dituduh 'pelakor', Cita Citata sahkan hubungan cinta dengan cucu presiden pertama Indonesia

Cita dan Didi kini terbuka berkongsi kisah cinta mereka.

DESAS-DESUS percintaan antara penyanyi Cita Citatas dan ahli politik bernama Didi Mahardhika terjawab apabila penyanyi itu sendiri berkongsi gambar mereka berdua di laman sosial miliknya.

Dalam hantaran yang dibuat itu, Cita seakan menjelaskan khabar angin yang bertebaran tentang hubungan dia bersama cucu kepada Presiden Indonesia pertama itu.

"Mereka hanya mendengar apa yang mahu dengar. Jadi kami memilih tidak membuang masa untuk menjelaskan kebenaran," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh gosip keluar ‘dating’ dengan ahli politik, Cita Citata dituduh perampas suami orang

Pasangan ini dilihat sedang bercuti bersama dan Cita tanpa berselindung memeluk tubuh Didi dalam gambar tersebut.

Sementara itu, Didi turut berkongsi gambar sama dan menerusi ruangan komen, Cita meletakkan tanda hati dan mendapat ucapan tahniah daripada peminat.

Hubungan Cita dan Didi sebelum ini menjadi bualan ramai kerana lelaki itu dikatakan masih berstatus suami orang.

Disebabkan itu, Cita menerima kecaman hebat netizen kerana dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain