suria

Rupa-rupanya 5 bulan ambil syabu... Netizen perasan wajah terbaharu Nia Ramadhani cengkung, pucat

Penampilan Nia dahulu (kanan) dan kini (kiri) yang kelihatan berbeza.

SUSULAN berita penahanan Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie, netizen di laman Instagram mula berkongsi foto terkini pelakon terkenal itu yang kelihatan pucat.

Memetik laporan Liputan6, foto memperlihatkan Nia memakai baju berwarna merah jambu itu diambil ketika dia merakam video yang dimuat naik di laman Instastory miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani, suami ditahan polis, didakwa ada kaitan dadah

Tidak sekadar pucat, pipi pelakon yang popular dengan watak 'bawang merah' itu juga kelihatan sangat cengkung dan matanya lesu.

Rata-rata netizen mendakwa penampilan terkini Nia yang kelihatan sangat berbeza itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan dadah.

Nia 2

Wajah pucat dan cengkung Nia yang menjadi perhatian netizen.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis mengesahkan Nia dan suaminya positif dadah jenis Metamfetamina atau syabu menerusi ujian air kencing.

Pasangan itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia, turut mengaku mengambil dadah jenis itu sejak lima bulan lalu.

Selain pasangan tersebut, pemandu peribadi mereka turut didakwa mengambil syabu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

"Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong), " katanya.

Sementara itu, polis turut melakukan ujian terhadap rambut dan darah Nia dan Ardi untuk mengesahkan hasil dari ujian urin mereka.

Nia 1

Polis mengesahkan Nia dan suami positif dadah jenis Metamfetamina atau syabu.

Pihak polis juga masih menyiasat perkembangan kes tersebut dan memburu pihak yang bertanggungjawab mengedar bahan terlarang itu kepada Nia.

"Pasti ramai yang bertanyakan apa motif daripada pelaku ini. Kalau dari maklumat awal ketika pandemik ini si suami isteri berdepan tekanan kerja yang banyak. Itu alasan klasik.

"Tapi kami akan terus menyiasat apa yang diberitahu dan akan menjejak dalang di sebaliknya. Apa kemungkinan dia juga membekalkannya kepada artis atau public figure lain, " ujarnya.

Terdahulu, hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan CNN, penangkapan pasangan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain