suria

Kanye West sedia kongsi gambar dalam ‘gallery’, cerita kisah hidup... Netflix bayar hak eksklusif RM124 juta

Netflix bayar RM124 juta pada Kanye West untuk dapatkan hak penyiaran dokumentari penyanyi tersebut.

SALURAN penstriman video berbayar Netflix sanggup membelanjakan sebanyak AS$30 juta (RM124 juta) untuk menyiarkan dokumentari eksklusif mengenai perjalanan hidup komposer serta penyanyi rap popular, Kanye West.

Dokumentari bersiri itu dikatakan akan menyiarkan kisah serta gambar-gambar yang tidak pernah dikongsikan oleh bekas suami Kim Kardashian itu kepada umum sebelum ini.

Antara topik yang akan diselitkan dalam program itu seperti kerjaya muzik, minatnya dalam bidang fesyen, kekalahan Kanye pada kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2020 serta kematian ibu tercinta, Donda West pada tahun 2007.

Ibu Kanye meninggal dunia disebabkan komplikasi yang dihidapinya selepas melakukan satu prosedur pembedahan kecantikan.

Kanye, 44, sebelum ini mengakui kehilangan ibu sangat meruntun hatinya namun dia sudah pun memaafkan doktor yang menjalankan pembedahan terhadap Donda.

Dokumentari yang masih belum diberi judul itu dijangka akan ditayangkan dalam tahun ini juga. - Variety

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain