suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian akhirnya sah pegang status billionaire kaya-raya!

Kemasyhuran dan kekayaan yang diraih Kim melayakkannya bergelar billionaire.

AKHIRNYA nama sosialit terkenal, Kim Kardashian tersenarai dalam carta individu paling kaya di dunia apabila dia sudah sah memegang status billionaire.

Nilai aset bersih Kim kini dianggarkan melebihi angka AS$1 bilion (RM4 bilion) bertitik tolak daripada kejayaan perniagaan kosmetik, KKW Beauty serta jenama pakaian yang diusahakannya, Skims.

Selain itu, pendapatan yang diraih Kim menerusi komitmen dengan syarikat penyiaran, pengiklanan serta pelaburan turut menjadi penyumbang kepada status terbaharunya itu.

Nama Kim, 41, kini tersenarai di antara 2,775 individu yang bergelar billionaire di seluruh dunia, memetik carta Billionaire Seluruh Dunia Forbes.

Pengasas Amazon, Jeff Bezos mendahului senarai tersebut dengan nilai kekayaan yang mencecah AS$177 bilion (RM731 bilion).

Bekas suami Kim, Kanye turut berada dalam senarai tersebut dengan nilai aset yang dianggarkan bernilai AS1.8 bilion (RM7.4 bilion). - BBC

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain