suria

Ifan Seventeen temui pengganti, sah bertunang dengan Citra Monica

Ifan Seventeen kini sah bertunang dengan Citra Monica.

VOKALIS kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau Ifan kini sah bertunang dengan seorang model Indonesia Citra Monica.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Ifan menerusi Instagram.

Namun menerusi kapsyen ringkas yang dikongsikan, Ifan hanya memaklumkan dia dan Citra Monica sah bertunang tanpa sebarang butiran lanjut.

Terdahulu, Ifan pernah memaklumkan dia akan menikahi Citra Monica sekitar pertengahan tahun ini.Malah, dia turut berkongsi persiapan yang bakal melangkah ke fasa seterusnya bersama cinta hati.

Ifan berkongsi momen bahagia menerusi posting intagram miliknya.

Dua hari lalu Ifan berkongsi foto dengan memperlihatkan sembilan buah dulang hantaran berwarna putih yang dipercayai untuk acara pertunangan mereka.

Ifan dan Citra Monica turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua keluarga dan rakan yang sentiasa membantu bagi melancarkan acara pertunangan tersebut.

Menerusi video di ruangan Instastory Ifan, kelihatan Citra turut menunjukkan sebentuk cincin yang telah disarungkan pada jari tengahnya.

Ifan Seventeen nampaknya sudah bersedia membuka lembaran baru, setelah pemergian isterinya, Dylan Sahara yang meninggal dunia dalam bencana tsunami pada 22 Disember 2018. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain