suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Woo Bin bebas kanser, mula rancang kahwin dengan Shin Min Ah tahun ini selepas enam tahun bercinta

Kim Woo Bin sudah sihat sepenuhnya dan bakal berkahwin dengan Shin Min Ah.

ENAM tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan selebriti Korea iaitu Kim Woo Bin dan Shin Min Ah dilaporkan sudah membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Memetik laporan Pinkvilla, perancangan untuk berkahwin itu dibuat selepas keadaan kesihatan Kim Woo Bin yang sebelum ini mengidap kanser tekak atau nasofaring sudah pulih sepenuhnya.

"Mendengar khabar angin daripada orang terdekat pasangan itu, mereka sudah merancang untuk berkahwin pada tahun ini," kata sumber.

Kim Woo Bin disahkan mengidap penyakit tersebut sekitar 2017 dan mengambil masa hampir dua tahun memberi tumpuan kepada pemulihannya.

Pelakon drama siri Uncontrollably Fond kembali aktif dalam dunia seni pada tahun lalu selepas keadaan kesihatannya semakin pulih.

Pasangan selebriti itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 namun percintaan mereka hanya diketahui sejak 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia