suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas ahli kumpulan APink, Yookyung kini pereka fesyen

Yookyung kini mahu aktif sebagai seorang pereka fesyen.

BEKAS ahli kumpulan APink, Yookyung kini melebarkan sayapnya dengan bergelar seorang pereka fesyen.

Menerusi satu entri di laman Instagramnya, Yookyung, 27, berkata dia kini sudah dua tahun belajar dalam bidang rekaan fesyen di sebuah pusat pengajian di Seoul, Korea Selatan.

Dia juga gembira berkongsikan berita mengenai baju rekaannya telah dipilih sebagai yang paling terbaik sempena projek akhir graduasinya oleh pihak fakulti.

"Ia satu penghargaan yang tidak ternilai apabila baju rekaan saya mendapat anugerah paling terbaik dan berita mengenai perkara itu disiarkan di akhbar.

"Saya menyiapkan diri untuk projek akhir ini sejak tahun lalu dan akhirnya penat lelah saya berbayar apabila dipilih sebagai rekaan terbaik.

"Saya sangat bersyukur dengan setiap individu yang berada di sekeliling saya, yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya selama ini," katanya.

Yookyung kini berada dalam misi untuk menempatkan dirinya sebaris dengan pereka fesyen terkenal lain di Korea selepas ini.

Yookyung sebelum ini mengambil keputusan mengundurkan diri daripada APink pada April 2013 kerana ingin menumpukan perhatian terhadap pengajiannya. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain