suria

Pelakon siri Netflix Bridgerton dikatakan calon sesuai ganti Daniel Craig untuk watak James Bond

Rege Jean-Page mula mendapat perhatian selepas membintangi siri Bridgerton.

PELAKON siri terbaharu Neflix, Bridgerton iaitu Rege Jean-Page dikatakan antara calon berpotensi besar untuk memegang watak James Bond yang bakal ditinggalkan Daniel Craig.

Wataknya dalam Bridgerton sebagai Simon Basset dilihat telah memberi karisma yang cukup kuat sehinggakan peminat 'berkempen' mahukan dia muncul sebagai watak perisik hebat itu untuk naskhah filem terbaharu James Bond kelak.

Rege, 31, juga dikatakan berminat untuk memegang karakter tersebut apabila sebelum ini dia pernah memuat naik satu entri di media sosialnya dengan kapsyen dialog popular James Bond iaitu, 'Regency, royalty. Shaken and stirred.'

Selain Rege, antara calon lain yang dikatakan turut berpotensi menggalas watak James Bond ialah Chris Hemsworth, Jamie Bell dan Michael Fassbender.

Nama Rege mula menjadi sebutan apabila wataknya sebagai Simon atau Duke of Hastings dalam siri Bridgerton menambat hati peminat lebih-lebih lagi peminat wanita.

Lakonannya bersama heroin siri tersebut, Phoebe Dynevor yang melakonkan watak Daphne Bridgerton turut mendapat maklum balas positif peminat yang menyukai gandingan serasi mereka. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain