suria

10 tahun kahwin, Irwansyah dedah Zaskia Sungkar selalu minta cerai!

Irwansyah bahagia melayari alam rumah tangga dengan isteri Zaskia Sungkar.

HAMPIR 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Irwansyah mengakui dia dan isteri Zaskia Sungkar berdepan pelbagai cabaran sepanjang melayari alam perkahwinan.

Menerusi laporan HotDetik, Irwansyah mendedahkan isterinya itu bersikap seperti kanak-kanak dan sering kali meminta untuk berpisah.

"Oh dia childish sangat! Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh ya kami gaduh. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi.

"Selalu dia (Zaskia Sungkar) cakap dengan saya mahu cerai... mau cerai!

"Usia sangat mempengaruhi... dulu masih macam budak-budak. Apa-apa sekarang dah malas nak gaduh kerana masalahnya itu-itu sahaja," kata Irwansyah semasa ditemubual Ashanty dalam laman YouTube.

Berkongsi perkembangan kandungan isterinya, Irwansyah berkata dia dan isteri sudah mempersiapkan kelengkapan untuk cahaya mata sulung mereka itu.

"Teruja sangat, tapi untuk beli barang bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali.

"Yang kecoh bukan sebab nak berbelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa!" ujarnya.

Pasangan pelakon ini berkahwin pada 15 Januari 2011.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain