suria

Selepas Chungha, UP10TION… Jaehyun pula disahkan positif Covid-19

Jaehyun perlu dikuarantin dan semua ahli kumpulan Golden Child akan jalani ujian calitan.

SELEPAS Chungha dan tiga ahli kumpulan UP10TION disahkan positif Covid-19, kali ini salah seorang ahli kumpulan Golden Child iaitu Jaehyun turut dijangkiti virus tersebut.

Menerusi laporan Soompi, berita itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan iaitu Woollim Entertainment pada Khamis.

“Jaehyun menjalani ujian saringan pada Rabu lalu dan disahkan positif pada pagi Khamis. Selain penggambaran, Jaehyun tidak menyertai apa-apa aktiviti luaran lain.

“Mereka yang pernah berhubung atau kontak rapat dengan Jaehyun sudah diarah menjalani ujian Covid-19, ” katanya.

Sementara itu, wakil pengurusan turut memberitahu Jaehyun tidak mengalami sebarang simptom dan perlu menjalani kuarantin seperti ditetapkan dalam protokol kesihatan.

“Semua kawasan yang pernah didatangi oleh Jaehyun telah disanitasi atau disinfeksi termasuklah kawasan penempatan dan pejabat pengurusan.

“Manakala, ahli kumpulan lain diwajibkan menjalani ujian calitan dan perlu kuarantin diri mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami harap peminat tak perlu berasa bimbang... kami akan melakukan yang terbaik untuk kumpulan Golden Child, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

jaehyun, golden child, covid-19, kpop

Artikel Lain