suria

Pelakon veteran Sir Ian McKellen selebriti pertama di dunia terima suntikan vaksin Covid-19

Sir Ian McKellen saran warga emas ambil suntikan vaksin Covid-19.

PELAKON veteran, Sir Ian McKellen, 81, merupakan selebriti pertama di dunia yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Aktor filem Lord of the Rings itu menerima suntikan tersebut di Hospital Queen Mary, London, pada Rabu.

"Ia adalah hari yang paling istimewa buat saya, saya rasa sangat teruja dan kembali bertenaga," katanya.

Pelakon itu turut menggalakkan semua warga emas lain mengambil suntikan vaksin bagi mengelakkan mereka terdedah dengan wabak Covid-19.

Golongan tersebut merupakan antara yang berisiko tinggi maut jika berjangkit dengan virus tersebut.

"Suntikan itu tidak menyakitkan dan saya ingin menzahirkan penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang bertungkus-lumus membanteras wabak maut ini," katanya.

United Kingdom merupakan di antara negara terawal yang memberikan suntikan vaksin kepada penduduknya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain