suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakota Johnson pakai cincin hijau beri bayangan sudah bertunang dengan Chris Martin?

Dakota Johnson dan Chris Martin bercinta sejak tiga tahun lepas.

PELAKON Dakota Johnson memakai cincin hijau zamrud bersaiz besar di jari manisnya memberikan bayangan dia kini sudah bertunang dengan teman lelaki, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin.

Walaupun tiada sebarang pengesahan yang dibuat menerusi kedua-dua wakil selebriti tersebut namun selepas hampir tiga tahun bercinta, peminat mengharapkan pasangan itu akan melangkah ke fasa seterusnya.

Malah, bekas isteri Chris, pelakon Gwyneth Paltrow turut merestui hubungan pasangan itu dan menyenangi sikap pelakon filem Fifty Shades of Grey itu.




Dakota Johnson dilihat memakai cincin hijau zamrud di jari manisnya.


Chris dan Dakota dikesan pertama kali keluar bersama ketika menjamu selera di sebuah restoran sushi di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2017.

Seterusnya, Dakota terbang ke Buenos Aires, Argentina untuk memberikan sokongan terhadap Chris dengan menghadiri konsert jelajah Coldplay yang diadakan secara besar-besaran di seluruh dunia.

Untuk rekod, Chris sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Gwyneth pada Disember 2003 namun ikatan itu terlerai selepas 10 tahun mereka hidup bersama. Hasil perkahwinan, pasangan itu mempunyai sepasang cahaya mata, Apple, 16, dan Moses, 14 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain