suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rachel Bilson, Hayden Christensen tidak bermusuh, gilir-gilir jaga anak

Rachel Bilson dan Hayden Christensen berpisah sejak 2017 selepas 10 tahun bersama.

WALAUPUN rumah tangga mereka musnah di tengah jalan, namun pasangan pelakon Rachel Bilson dan Hayden Christensen masih lagi berhubung baik demi kebaikan anak tunggal mereka.

Rachel yang terkenal dengan drama bersiri The OC berkongsikan tentang pengalamannya membesarkan anak bersama bekas suami di kala seluruh dunia sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.

"Setakat ini semua baik-baik sahaja. Seronok juga rasanya berkurung di rumah. Ia juga satu perkembangan yang sihat buat anak saya yang mempunyai dua buah rumah untuk dia tinggal secara bergilir-gilir (supaya tidak bosan)," katanya.

Rachel dan Hayden mula bercinta sejak tahun 2007 selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Jumper.

Namun, pasangan itu berpisah 10 tahun kemudian dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Briar Rose yang kini berusia enam tahun.

Rachel kemudiannya dilaporkan rapat dengan aktor Bill Hader awal tahun ini namun hubungan yang baharu terjalin itu dikatakan sudah putus pada Julai lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain