suria

Tipu mangsa yang mahukan hadiah, Baim Wong palsu akhirnya ditangkap polis

Baim Wong palsu ditangkap polis.

POLIS Indonesia berjaya menangkap seorang individu yang sering menggunakan nama pelakon popular Baim Wong bagi tujuan penipuan.

Perkara tersebut dikongsi Baim di Instagramnya dan bersyukur jenayah itu dapat diselesaikan oleh pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan Bunga Citra Lestari buat sendiri 'swab test' Covid-19 terhadap kawannya ditegur doktor

"Banyaknya penipuan atas nama saya... Ini salah satunya sudah tertangkap. Ingat dosa tu," tulisnya.

Sebelum ini dalam setiap vlog atau acaranya, Baim selalu mengingatkan bahawa dia tidak pernah meminta wang daripada sesiapa pun.

Namun masih ada sahaja yang masih percaya dengan perkara berkenaan.

Difahamkan, individu itu menggunakan nama suami Paula Verhoeven dengan menawarkan hadiah kepada mangsa. Bagaimanapun, mangsa perlu memasukkan sejumlah wang seperti yang diminta bagi mendapatkan hadiah itu.

"Bingung juga kerana saya selalu ingatkan yang saya tidak pernah minta wang apa lagi minta akaun nombor kamu," ujarnya.

Baim turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana berjaya menangkap individu yang menggunakan namanya.

Sementara itu, netizen meninggalkan komen bahawa masih ramai lagi yang menggunakan nama aktor itu di laman sosial Facebook dengan tujuan penipuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Baim Wong, Pelakon Indonesia,

Artikel Lain