suria

Bella Thorne selamba tayang jerawat belakang badan, netizen tetap puji cantik!

Peminat puji Bella sentiasa kelihatan cantik walaupun ada jerawat di belakang badan.

PERKONGSIAN foto pelakon Bella Thorne menayangkan bahagian belakang badannya yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Dengan penuh keyakinan dan tanpa berasa segan, Bella yang berusia 23 tahun itu berkongsi foto memperlihatkan belakang badannya yang mempunyai masalah jerawat.

"Ya... saya ada jerawat di belakang badan," tulis Bella di kapsyen foto tersebut.

Bagaimanapun, reaksi rata-rata peminat lebih kepada memuji dirinya yang sentiasa kelihatan cantik dan seksi walaupun mempunyai masalah tersebut.

"Awak sangat cantik dan sempurna. Bukan satu masalah pun ada jerawat di belakang.

"Tetap nampak cantik semula jadi. Saya sayang awak," komen beberapa peminatnya.

Sehingga kini, foto pelakon filem Midnight Sun ini menerima lebih 900,000 tanda suka dan hampir 3,400 komen daripada netizen serta peminatnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!