suria

Mindy Kaling selamat lahirkan anak kedua

Mindy dedah sudah bersalin anak kedua awal September lalu.

DALAM diam rupa-rupanya pelakon Mindy Kaling telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya yang diberi nama Spencer pada 3 September lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, Mindy Kaling, 41, mengumumkan berita gembira itu ketika ditemu bual oleh Stephen Colbert baru-baru ini.

"Buat kali pertama, saya berkongsi berita ini kepada umum, ia berasa sangat pelik. Tapi saya selamat melahirkan anak lelaki pada 3 September lalu. Nama anak kedua saya ialah Spencer.

"Saya sentiasa tahu yang saya memang nak jadi ibu tapi tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi. Saya sangat gembira apabila dikurniakan dua orang anak," kata Mindy.

Berita tersebut mengejutkan ramai pihak termasuk peminat kerana sebelum ini, Mindy tidak pernah mendedahkan dia hamil kali kedua.

Selain Spencer, Mindy juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Katherine Kaling yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mindy Kaling, anak, hiburan, sensasi, pelakon,

Artikel Lain