Selepas mengidam jering, isteri Irwansyah teringin nak pijak rumput pula - “Mujur bukan mahu pijak awan”

Irwansyah cuba tunaikan permintaan isteri yang sedang hamil.

PENYANYI dan pelakon Indonesia Irwansyah yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama selepas 10 tahun berkahwin mengikuti kemahuan isterinya Zaskia Sungkar.

Menurut Irwansyah, Zaskia yang kini hamil tiga bulan meminta untuk memijak rumput di rumah adiknya Shireen.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkat sabar... penantian 10 tahun Irwansyah berakhir, isteri sudah hamil

"MasyaAllah dari pagi dah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu pijak rumput hehe" tulisnya.

Penyanyi lagu Pencinta Wanita ini bersyukur isterinya tidak membuat permintaan yang aneh dan susah untuk ditunaikan.

"Mujur bukan mahu pijak awan, kalau itu (pijak rumput) permintaannya InsyaAllah boleh lah," ujarnya.

Dalam pada itu, netizen mendoakan kehamilan Zaskia berjalan lancar dan dipermudahkan urusan kelahiran.

Sebelum ini, Irwanysah pernah memberitahu isterinya mengidam untuk makan jering dan turut meminta dia makan ulam-ulaman itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Irwansyah, Zaskia Sungkar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain