suria

Blackpink muncul dalam 'Running Man' selepas empat tahun

Blackpink baharu saja melancarkan album penuh pertama.

PASTI peminat tidak sabar menantikan kemunculan kumpulan K-pop yang menjadi kegilaan ramai iaitu Blackpink dalam program variasi terkenal Running Man.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan YG Entertainment mendedahkan keempat-empat ahli Blackpink sudah menjalani penggambaran untuk program tersebut pada minggu ini.

Bagaimanapun, tarikh tayangan episod yang menampilkan Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo masih tidak didedahkan oleh pihak produksi Running Man.

Sebelum ini, Blackpink pernah membuat kemunculan dalam program tersebut pada Disember 2016 dan kembali memeriahkan selepas hampir empat tahun.

Dalam perkembangan lain, Blackpink baharu saja melancarkan album penuh pertama berjudul THE ALBUM dan turut akan menjadi tetamu dalam program Ask Me Anything pada 17 Oktober depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain