STATUS yang dimuat naik isteri kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Ashanty di laman Instagram miliknya mengundang persoalan dalam kalangan netizen. Menerusi kapsyen di foto yang memperlihatkan Ashanty dengan seekor kuda, dia mengatakan dia lebih selesa bercakap dengan haiwan berbanding manusia yang kadang kala bersikap talam dua muka. "Kadang-kadang bercakap dengan mereka (kuda) jauh lebih menyenangkan sebab dengan manusia ini kadang kala menakutkan. "Ramai yang bermulut manis, nampak sangat baik, peramah tapi hakikatnya penuh kepalsuan, iri hati dan dengki!" tulis Ashanty. Perkongsian Ashanty tersebut juga menarik perhatian netizen termasuklah anak perempuannya yang turut bersetuju dengan apa yang dikatakannya itu. Sumber - Liputan6 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!