suria

Lili Reinhart kecewa kenyataan isu kemurungan jadi bahan sensasi, dikaitkan dengan kes putus cinta

Lili hanya berkongsi tentang masalah kemurungan yang dihadapinya sejak beberapa bulan lalu.

PELAKON Lili Reinhart meluahkan rasa berang terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kenyataannya melibatkan isu putus cinta untuk dan dijadikan bahan cerita sensasi untuk pembaca.

Lili menerusi laman Twitter berkata pihak tersebut mengambil kenyataannya berkaitan masalah kemurungan yang dihadapi sejak beberapa bulan lalu ketika sesi temu bual baru-baru ini.

Menurut Lili, dia tidak pernah berkongsi kisah peribadinya terutama berhubung masalah hubungan cintanya dengan pelakon Cole Sprouse kepada umum.

"Kenyataan yang diambil menerusi temu bual saya baru-baru ini bukan disebabkan 'putus cinta'. Ia berkenaan dengan masalah kemurungan yang saya alami sejak beberapa bulan lalu.

Cole dan Lili berpisah pada Mac lalu.

"Saya sudah penat dengan orang yang memutarkan kenyataan saya dan jadikan bahan cerita mereka untuk menarik pembaca. Saya tidak pernah bercakap tentang masalah peribadi seperti putus cinta kepada umum.

"Perkara tersebut terlalu peribadi untuk saya. Saya hanya berkongsi tentang masalah kemurungan sahaja," kata Lili.

Sebelum ini, Cole Sprouse mendedahkan dia dan Lili mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang terjalin selama empat tahun pada Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain