suria

Danny Masterson kongsi swafoto pertama selepas dua bulan didakwa rogol tiga wanita

Penampilan terkini Danny yang kelihatan tidak terurus.

SELEPAS dua bulan mendiamkan diri berikutan didakwa merogol tiga wanita, pelakon Danny Masterson akhirnya tampil dengan berkongsi foto wajahnya di Instagram.

Swafoto tersebut memperlihatkan penampilan Danny yang berbeza dengan rambut kusut dan kelihatan jambang yang tidak dikemaskan.

Menerusi perkongsian tersebut, Danny bertanyakan kepada pengikut di laman sosial adakah perlu membuat perubahan dengan memotong rambutnya atau tidak.

"Potong atau tidak potong, itu saja soalannya," kata Danny.

Pada Jun lalu, Danny Masterson didakwa atas tuduhan merogol tiga wanita sekitar tahun 2001 sehingga 2003 dan dia dijangka berdepan dengan hukuman 45 tahun penjara.

Danny didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap wanita berusia 23 tahun pada Januari dan Disember manakala mangsa kedua berusia 28 tahun sekitar April 2003.

Pada sekitar Oktober dan Disember 2003, dia juga telah melakukan perbuatan yang sama terhadap wanita berusia 23 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain