suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jisoo (Blackpink) cuba nasib jadi pelakon, siap dapat tawaran watak utama

Sumber terdekat mengesahkan Jisoo bakal membintangi sebuah drama.

KHABAR angin yang mengatakan anggota kumpulan Blackpink iaitu Jisoo bakal memegang watak utama buat pertama kali dalam sebuah drama terbaharu berjudul Snowdrop akhirnya terjawab.

Memetik laporan Soompi, sumber terdekat agensi pengurusan Jisoo iaitu YG Entertainment mengesahkan khabar angin tersebut adalah benar.

"Ya... memang betul Jisoo bakal membintangi drama Snowdrop dan dia akan memegang watak utama," kata sumber.

Sebelum ini pada Jun lalu, pelakon Kim Hye Yoon dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran untuk turut berlakon dalam drama tersebut namun tiada sebarang perkembangan mengenai statusnya.

Drama tersebut akan ditulis oleh penulis terkenal Yoo Hyun Mi dan diarahkan oleh pengarah Jo Hyun Tak.

Jisoo pernah menjadi cameo menerusi drama KBS 2TV berjudul The Producers pada 2015 dan tahun lalu dia muncul dalam drama tvN berjudul Arthdal Chronicles.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain