suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat syak Selena Gomez bakal berlakon filem 'Scream 5', komen Courteney Cox cetus tanda tanya

Courteney tidak sabar bertemu dengan Selena.

PELAKON filem Scream iaitu Courteney Coz mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen apabila dia meninggalkan komen di akaun Instagram penyanyi Selena Gomez.

Memetik laporan Hollywoodlife, rata-rata netizen membuat andaian komen tersebut memberi bayangan penyanyi lagu Lose You To Love Me itu bakal membintangi filem Scream 5.

"Tak sabar nak jumpa awak," tulis Courteney di ruang komen di Instagram Selena.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak Selena Gomez mahupun produksi filem tersebut berhubung khabar angin yang diperkatakan netizen.

Selain Courteney barisan pelakon yang sudah mengesahkan bakal membintangi filem tersebut ialah David Arquette, Melissa Barrera, dan Jenna Ortega.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain