suria

Selebriti Taiwan 'cover' malu, jatuh tersungkur atas pentas... “I am fine”

Shu Qi segera diselamatkan beberapa lelaki yang mengiringinya ketika naik ke pentas.

HUJAN lebat, lantai yang licin serta kasut tumit tinggi setinggi tiga inci.

Situasi ini menjadi mimpi ngeri bagi pelakon Taiwan, Shu Qi apabila dia tersadung sebelum tersungkur ketika menghadiri sebuah acara hiburan di Shanghai baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, selebriti berusia 43 tahun ini dilihat menaiki tangga untuk ke pentas dengan diiringi dua lelaki sambil memegang payung ketika hujan renyai-renyai.

Detik-detika ketika Shu Qi terjatuh akibat lantai licin kerana hujan.

Bagaimanapun Shu Qi tersadung ketika dia baru berdiri di platform pentas sebelum berjaya dibantu kru yang mengiringinya.

Dia yang dilihat tersenyum dengan kejadian memalukan itu cuba berjalan secara berhat-hati ke tengah pentas sambil memegang dua lelaki.

"I am fine," kata Shu Qi secara ringkas ketika diajukan soalan oleh pengendali acara.

Dia kemudian dilihat berjalan keluar dari pentas tanpa memakai kasut.

Sumber: The Straits Times

Shu Qi, Shanghai

Artikel Lain