suria

Patung peringatan Marilyn Monroe dicuri

Patung Marilyn Monroe yang dibina di atas puncak gazebo telah hilang dicuri.

PATUNG peringatan penyanyi Marilyn Monroe yang menjadi salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Hollywood telah hilang dicuri.

Menurut laporan Sky News, ada saksi melihat seseorang memanjat puncak gazebo di Hollywood Walk Of Fame dan mencuri patung tersebut.

Pada Isnin lalu, pihak polis Los Angeles sudah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan menemui beberapa cap jari.

Namun sehingga kini masih belum ditemui individu yang melakukan jenayah tersebut.

Patung Marilyn Monroe itu terletak di puncak atas binaan gazebo yang diberi nama Four Ladies Of Hollywood.

Ia dibina pada tahun 1994 dan diperbuat daripada perak dan diwujudkan sebagai penghormatan kepada wanita yang berjasa dalam industri perfileman.

Pada asas gazebo tersebut telah didirikan empat patung Dolores Del Rio, Dorothy Dandridge, Mae West, dan Anna May Wong.

Marilyn atau nama sebenar Norma Jeane Mortenson meninggal dunia pada 4 Ogos 1962.

Beliau merupakan salah seorang aktres Hollywood paling ikonis sepanjang penglibatan pada tahun 1940-an sehingga tahun 1960-an.

SUMBER: Sky News

Marilyn Monroe

Artikel Lain