suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Penat menyanyi, mahu santai di kamar mandi” - Inul Daratista tayang bilik air mewah di kampung

Netizen memuji kamar mandi mewah di kediaman Inul di Jawa Timur. Foto Instagram @inul.d

PENYANYI Inul Daratista dihujani pelbagai komen daripada pengikut di laman Instagram setelah memuat naik sekeping foto memperlihatkan kamar mandi mewah miliknya.

Ada yang beranggapan bilik air di rumah orang tuanya yang terletak di Gempol, Jawa Timur, Indonesia itu mewah kerana dilengkapi tab mandi dan televisyen.

Menurut laporan Liputan6, Inul berkata kamar mandi itu dibina olehnya sebelum dia berhijrah ke Jakarta lagi.

"Bilik air itu di bina beberapa tahun sebelum saya ke Jakarta. Saya memang ada buat pengubahsuaian rumah termasuklah kamar mandi.

Perkongsian Inul di Instagram.

"Iyalah, terlalu penat menyanyi, jadi kalau boleh mahu santai-santai di kamar mandi sambil dengar muzik dan menonton televisyen," katanya.

Foto yang dikongsi di Instagram itu menerima hampir 50,000 tanda suka dan lebih 800 komen pengikut.

Rata-ratanya berasa kagum dengan binaan bilik air tersebut yang kelihatan mewah dan cukup besar.

SUMBER: Liputan6

Inul daratista

Artikel Lain