suria

Aksi kaki 'tendang' pesawat Arab Saudi dan UAE, Bella Hadid mohon maaf

Bella Hadid buat permohonan maaf.

MODEL popular Bella Hadid membuat permohonan maaf secara terbuka melalui Twitter selepas mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminatnya di Timur Tengah.

Model berusia 22 tahun itu berkongsi imej kasut tumit tinggi di cermin tingkap lapangan terbang yang kelihatan seperti 'menendang' pesawat yang mempunyai bendera Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Netizen mula membuat hashtag #BellaHadidIsRacist dan menjadi tular di media sosial.

Bella menerusi laman sosial Tweet pada Isnin menegaskan imej itu tidak ada kaitan dengan politik.

"Saya tidak perasan pesawat di latar belakang dan ia adalah benar. Saya tidak bermaksud untuk tidak menghormati syarikat penerbangan terbabit, apalagi negara luar biasa ini," ujarnya seperti dipetik Daily Mail.

Bella Hadid buat permohonan maaf selepas ia tular di media sosial.

Tambah Bella, dia tidak mahu jawatan dan platform media sosialnya digunakan untuk membenci sesiapa terutama warisan saya," ujarnya.

Bapa kepada model ini berasal daripada negara Palestin.

"Bukan sahaja mempunyai penghormatan yang sangat besar dari hati saya, malah saya berusaha untuk menegakkan apa yang saya rasa betul, terutamanya mengenai negara Timur Tengah yang hebat.

"Saya tidak akan pernah bercakap dan menjatuhkan negara-negara ini. Saya hanya mahu menyebarkan cinta dan keindahan sebenar mereka seperti mana yang diajar oleh ayah.

"Saya harap anda dapat memahami salah faham itu," ujarnya.

Terdahulu, dia menerusi Twitter mengakui kesilapan dan tindakannya yang tidak sengaja menyinggung perasaan banyak pihak.

Pada Sabtu lalu, Bella bersama adiknya melancarkan pertunjukkan fesyen jenama Versace di Minggu Fesyen Spring/Summer 2020 di Milan, Itali.

Bella Hadid

Artikel Lain