suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taeyeon (Girls Generation) dedah derita kemurungan, “Saya makan ubat lawan sakit”

Taeyeon sedang berdepan derita kemurungan. Foto: Koreaboo

AHLI kumpulan SNSD iaitu Taeyeon memberitahu dia kini menderita kemurungan dan sedang berusaha melawan penyakit tersebut.

Menurut laporan Koreaboo, Taeyeon mengakui mengambil ubat-ubatan daripada doktor dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif terhadap mereka yang sedang kemurungan.

Dalam satu soalan yang diajukan peminat, Taeyeon ditanya adakah dia menghidapi bipolar iaitu gangguan mental yang menyebabkan tempoh kemurungan tidak menentu.

"Saya mengalami kemurungan. Sekarang saya mengambil ubat dan berusaha keras untuk menjadi lebih baik. Sama ada gangguan bipolar atau kemurungan, janganlah melihat mereka secara negatif. Mereka semua sedang sakit," jawabnya.

Menerusi soal jawab di laman Instagram, beberapa jawapan yang diberikan oleh Taeyeon menunjukkan dia seperti berada dalam keadaan tidak baik semasa menjawab soalan berkenaan.

Sementara itu di laman Twitter pula, peminat menghantar ucapan sokongan dan berharap Taeyeon kuat melawan kemurungannya.

SUMBER: Koreaboo

Taeyeon, Girls Generation

Artikel Lain