suria

Tiada gulai nangka dan ketupat, Laudya Cynthia Bella tak makan rendang... “Mungkin kerana saya terlalu Indonesia”

Bella bersama temannya dari Indonesia yang juga pengacara Whulandary Herman.

PELAKON Laudya Cynthia Bella memberitahu dia melalui pengalaman berbeza ketika meraikan Aidilfitri di Malaysia.

Menurut laporan Grid.id, Laudya memberitahu dia berdepan masalah untuk menikmati juadah raya di negara ini.

"Ini kali pertama sambut lebaran di Malaysia, tahun lepas beraya di Bandung, Indonesia.

"Rasanya sangat berbeza kerana di sini tak ada orang tua dan keluarga.

"Makanan juga berbeza, kalau kita di sana, makan gulai nangka sama ketupat (berkuah) tapi kalau di sini lemang sama ketupat dan rendang kering, tak basah," katanya.

Bella berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh anak tirinya iaitu Engku Aleesya.

Rakaman video itu telah dimuat naik di akaun YouTube miliknya pada Sabtu.

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah pengacara dari Indonesia, Whulandary Herman.

Whulan turut bersetuju dengan pandangan Bella dan berkata dia tidak menjamah sebarang hidangan raya kerana sudah sebati dengan citarasa Indonesia.

"Mungkin kerana saya terlalu (berjiwa) Indonesia, jadi apa pun yang tersaji tak boleh makan. Seperti malam ini, kita berdua tak makan," kata Whulan.

Ahli perniagaan iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin berkahwin dengan Laudya Cynthia Bella, 30, pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur.

Whulandary Herman pula berkahwin dengan usahawan dari Malaysia iaitu Nik Ibrahim pada 10 Februari 2018.

SUMBER: Grid.ID

Artikel Lain