suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi! Lay EXO berbalas 'love' dengan peminat lelaki, selit bunga ros di telinga

Lay menerima sekumpun bunga ros daripada peminat lelaki.

PEMBERIAN hadiah daripada peminat kepada selebriti kegeramaran mereka mungkin perkara biasa.

Namun penyanyi Lay daripada kumpulan EXO baru-baru ini menerima pemberian sekuntum bunga ros daripada seorang peminat lelakinya.

Lebih manis apabila lelaki berkenaan turut membuat bentuk hati menggunakan kedua tangannya hingga membuatkan Lay berasa terkejut dengan isyarat yang diberikan lelaki itu.

Lay bagaimanapun dilihat tenang melayan peminat berkenaan dengan menyelitkan bunga ros yang diterimanya di telinga sebelum 'memulangkan' semula isyarat hati itu.

Reaksi spontan Lay dan peminatnya tersebut dirakam beberapa individu lain yang turut berada di lokasi penggambaran Lay ketika itu.

Video berkenaan kemudiannya bertebaran di media sosial dan menjadi perhatian peminatnya yang menganggap reaksi lucu diberikan Lay. - Koreaboo

Lay, EXO

Artikel Lain