Ariana Grande 'breaks down' atas pentas, peminat tolong habiskan lagu 'Thank U, Next'

Ariana mengalirkan air mata semasa membuat persembahan di tempat kelahiran bekas kekasih, Mac Miller.

PENYANYI Ariana Grande tidak mampu menahan emosi hingga terpaksa menyanyi dalam kesedihan ketika konsert jelajah Sweetener di Pittsburgh, Pennsylvania baru-baru ini.

Menurut laporan CNN, Pittsburgh adalah tempat kelahiran bekas kekasih Ariana iaitu Mac Miller yang meninggal dunia akibat bunuh diri pada September 2018.

Dalam konsert yang menjadi penutup jelajah itu, Ariana tidak dapat menghabiskan lagu Rainsdrops (An Angel Cry) yang dikatakan mengenai perjalanan cintanya dengan Miller.

Wanita berusia 25 tahun ini turut mengalirkan air mata ketika berada di atas pentas.

Menerusi video amatur yang dirakam penonton, Ariana menyanyikan lagu Thank U, Next diiringi penari namun suaranya kedengaran tenggelam timbul seakan menahan emosi kesedihan.

Menyedari seperti ada yang tidak kena, penonton mula bersorak dan memberikan sokongan dengan bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

SUMBER: NME

Mac Miller, Ariana Grande

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain