suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie nak 'move on', cuba buang rasa benci terhadap Brad Pitt

Angelina cuba untuk tidak melakukan perkara yang sukar kepada Brad.

PELAKON Angelina Jolie sedang cuba untuk tidak melakukan perkara yang merumitkan terhadap bekas suaminya, Brad Pitt demi anak-anak mereka.

Menurut Hollywoodlife.com, Angelina sedang bergelut untuk membuang rasa benci terhadap kegagalan perkahwinan bersama bekas suaminya itu.

"Angelina sedaya upaya tidak mahu membuat perkara yang sukar untuk Brad. Dia hanya mahu berlaku adil untuk anak-anak mereka.

"Dia cuba untuk membuang rasa benci yang berlarutan dan ingin mengantikan dengan cinta dan kemaafan mengenai hubungan dan perkahwinannya yang gagal dengan Brad," ujarnya.

Angelina dan Brad berpisah pada 2016 dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Shiloh, 12, dan pasangan kembar Knox dan Vivienne, 10 tahun.

Pasangan itu juga mempunyai tiga orang anak angkat bernama Pitt-Maddox, 17, Pax, 15, dan Zahara yang kini berusia 14 tahun.

Angelina Jolie, Brad Pitt

Artikel Lain