suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat Blackpink teruja tunggu lakonan Jisoo dalam drama

Kisah Lim Jugyeong iaitu seorang peminat komik yang pemalu namun menguasai seni solekan dikatakan antara watak sesuai buat Jisoo.

KUMPULAN peminat yang menggelarkan diri mereka Blinks teruja menantikan vokalis utama Blackpink, Jisoo membuat kemunculan sulung dalam bidang lakonan.

Lebih membuatkan mereka ternanti-nanti apabila Jisoo diberi kepercayaan memegang watak utama.

Menerusi daya tarikan yang dimiliki serta semangat dedikasi untuk bekerja keras, pastinya tidak menjadi kesukaran buat Jisoo melakonkan watak utama dalam K-Drama.

Menurut laporan Koreaboo, kumpulan peminat itu juga sudah mempunyai watak yang sesuai untuk dilakonkan Jisoo.

Sebelum ini, beberapa senarai siri webtoon dikatakan akan diadaptasi menjadi drama dan antara yang popular ialah True Beauty dan The Secret of Angel.

Siri berkenaan menceritakan kisah Lim Jugyeong iaitu seorang peminat komik yang pemalu namun menguasai seni solekan.

Watak seperti ini yang dikatakan Blikns sesuai untuk Jisoo.

Jisoo, Blackpink, Blinks

Artikel Lain