suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liam Hemsworth terharu Miley Cyrus kini guna nama keluarganya

Miley Cyrus dan suami, Liam Hemsworth berkahwin pada Disember tahun lalu.

PELAKON Liam Hemsworth mendedahkan isterinya, Miley Cyrus kini menggunakan nama keluarganya pada nama dia semenjak mereka berkahwin.

Liam memberitahu dia sebenarnya terkejut apabila Miley membuat keputusan itu memandangkan peminat lebih mengenalinya dengan nama sebelum ini.

"Dia masih akan dikenali sebagai Miley Cyrus tetapi dia mengambil keputusan untuk menukar namanya... Saya terkejut tetapi menghargai tindakannya itu," katanya seperti dilaporkan E! Online.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun lalu dihadapan keluarga dan rakan terdekat.

Menjelaskan mengenai hari bahagianya, Liam memberitahu mereka sepakat untuk tidak mengadakan sebarang majlis besar-besaran kerana paling penting adalah penyatuan mereka disaksikan oleh keluarga dan rakan-rakan.

Miley Cyrus, Liam Hemsworth

Artikel Lain